Free Lips Glitter MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com
@MEREPEK

*moto e398*

Thursday, February 28, 2008

waduh-waduh..lama jugak saya x update blog ni..busy main game jer petang-petang ...... bukan apa kalo balik umah pun boring ..baik aku main game ....
skrg demam pilihanraya.....untuk bacaan lebih lanjut sila ke website yg berkaitan ye... :0
akhirnya aku berjaya mengupgrade atau memodding hp lamaku motorola e398 ke rokr e1
dah lama aku tgk tutorial tu kt internet tp takut nak cuba pasal dia nyer warning IF YOU CHOOSE TO PROCEED BEYOND THIS POINT YOU ARE RESPONSIBLE FOR ANY DAMAGE CAUSED TO YOUR PHONE. IF IT DIES YOU MAY NEED TO SEND IT IN FOR SERVICE. THIS IS UNLIKELY BUT POSSIBLE, SO BE AWARE OF THE RISK YOU'RE TAKING BY MODDING YOUR PHONE ...akhirnya minggu lepas setelah beberapa percubaan akhirnya berjaya jugak. Tutorial kt website (http://mirror.softcox.com/e398-to-ROKR/) tu dah out dated la..
kat sini aku nak share la tutorial yg aku buat.
Before that,
Pros of doing this modification:
iTunes, which works well
AAC Audio support (within Videos too)
Video Recording (unlimited possible)
Airplane Mode
Install Java to memory card
Better skins (3x4 icons)
Quad-Band GSM support

yg mana sebelum ni hp aku hanyalah hp murah biasa je..bila dah modding baru la semangat sikit nak guna hp..nak beli baru, hp aku ni masih elok lg..tak nak la membazir kan...
e398 to rokr E1 tutorial
What you'll need for this process:
A working Motorola E398 phone
A USB data cable (you CANNOT use bluetooth!)
FlashBackup V3 - ni utk backup file
The "Revolution v4.0"or "Radeon wabi" Monster Pack firmware -u can find this at http://www.e398mod.com/

P2KTools -u can find this at http://www.e398mod.com/
Cara-caranya (pastikan e398 dah connect ke pc ):
1.pergi kt p2ktools pastu copy semua file pic,sound,phonebook atau apa -apa je yg korg rasa nak backup.
2.guna fashbackup utk buat full backup utk sistem dalam e398.
sila pastikan hp anda berada dalam keadaan bootloading.




3.Setelah backup semua, barulah kita flash "Revolution v4.0"or "Radeon wabi" Monster Pack firmware dgn menggunakan flashbackup v3 juga. Hp korg akan jadi begini



THE FLASHING PROCEDURE WILL TAKE 15-30 MINUTES, DO NOT INTERRUPT THE PROCESS IN ANY WAY WHILE IT IS FLASHING.
Looks like we're done here! Now exit flashbackup, restart your phone and lets see what happens!
Hasilnya mmg cukup memuaskan utk pengguna hp biasa-biasa aje mcm saya ni..

merepek@ 8:30 AM 0 comments

*Kita bukannya pandai*

Wednesday, February 20, 2008

1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh.

2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin.

3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome.

4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa.

5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat.

6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang.

7. Kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah.

8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut.

TAPI...

1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.

2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan.

3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri.

4. Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain.

5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain.

6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati.

7. Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah.

8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama.

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.sedarlah . bukan senang nak jadi senang.

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH

merepek@ 10:34 PM 0 comments

*tart nenas*

Wednesday, February 13, 2008

Haritu saya ada buat tart nenas ada org order untuk chinese new year....bisnes kecil-kecilan sejak 2006..maybe tahun ni nak kembangkan sikit bisnes tart ni. Kalau nak order boleh contact saya k....Ni je gambo yg sempat ambik..


Sesiapa yang nak try wat tat ni bole try resepi ni..resepi ni pun dapt dari website bakersplace (Tq atas resepi yang sungguh sedap ni) ..credit to http://bakersplace.blogspot.com/2006_07_01_archive.html. Baik punya..

Resepi Tat Nanas
525 g tepung gandum biasa
30 g tepung jagung
60 g gula halus (gula castor)
375 g butter
3 biji kuning telur gred-B4
1tbsp vanila essence
jem nenas
Cara membuatnya:
Di dalam mixing bowl, gaulrata semua bahan kering. Masukkan butter dan gaul sehingga terhasil seperti crumbs. Masukkan kuning telur dan vanila essence dan gaul hingga menjadi doh. Sedia untuk dimasukkan jem dan digulung.

merepek@ 2:21 PM 0 comments

*macam-macam*

Friday, February 1, 2008

Last sunday,went to topspot seafood with pustaka's netball team.forgot to take photo..makan kat situ sampai puas...diaorg order 6 lauk .... ok jugakla makan kat situ..

-------------------------------------------------------------------------------------

Saya ada menonton rancangan kat channel 123(awani) (x ingat nama rancangan)temuramah dengan angkasawan kita yang pertama iaitu Dr.Sheikh Muszaphar Syukur.Saya amat kagum dengan cara beliau mengurus masa dalam kehidupan seharian beliau dimana beliau hanya tidur lebih kurang 4 jam sehari. Bagi beliau, tidur merupakan satu perkara yang membazirkan masa.....seboleh-bolehnya beliau mahukan 24 jam itu diisi dengan perkara yang bermanfaat.



Cara beliau menguruskan masa ialah

7pg-5ptg = Kerja di HUKM.

5ptg-10mlm = Menguruskan Klinik beliau

10mlm-1pg = Menguruskan Restoran Rebung

1pg-2pg = Jogging (biar betul??)



Antara soalan yang ditanya oleh pengacara tersebut ialah bagaimana cara beliau melepaskan tekanan..jawapan beliau ialah dengan berjogging pukul 2-3 pagi atau pergi ke gym.



Satu lagi soalan ialah siapakah sumber inspirasi beliau ..ni saya x ingat la apa dia jawab ;)

Dari mana beliau mendapat kekuatan dan semangat untuk mencapai apa yang beliau ada hari ini?Tentunya pengaruh yang besar dari latarbelakang keluarga beliau sendiri selain daripada anugerah tuhan yang diberikan kepada dirinya.



'Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka'

surah Ar-Ra’d ayat 11

merepek@ 8:16 AM 0 comments

*About Me*

Zidot*
25*
Cat city*
simple life*


VISITOR:
*My Tag-board*