Free Lips Glitter MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com
@MEREPEK

*Ceritaku*

Tuesday, October 30, 2007

Minggu ni agak busy disebabkan banyak visit untuk bulan ini.
Mood kerja pun belum datang balik
Masih hilang dibuai mimpi
Boleh dikatakan bernasib malang pada bulan ini
Kene 'sound' pastu ade orang tu marah-marah
Wat dek jer.

Entah kenapa akhir-akhir ini
Sesuatu membelenggu diri
Terasa ingin terbang sebebas-bebasnya
Tanpa ada yang mengganggu

Mungkinkah salah
Mungkinkah takut dengan bayang-bayang
Mungkin diri sendiri pun tak memahami

'Ya Allah..berikan kekuatan kepada hambamu untuk menghadapi segala cubaan mu
Walau aku x berdaya..."

merepek@ 4:11 PM 1 comments

*mood raya..*

Tuesday, October 23, 2007

ermm..semalam ingat nak tulis tp internet kat sini plak down..tapi x pe hari ini masih ada.
Dalam bulan ni banyak kerja yang mencabar menunggu....kata orang hidup mesti pandang kedepan..samaada saya nak atau tidak, saya tidak ada pilihan lain?
Bercerita pasal raya , raya tahun ni agak meriah jugakla berbanding tahun lepas.Dapat jumpa sedara mara dan kengkwan yang dah lama x jumpa.Yang x bestnya bila kita ditanya soalan yang sama...tut...tut..
Hidup bagaikan roda, kadang2 kita diatas kadang2 kita d bawah. Waktu tengah menaip ni kepala saya terasa mcm roda berpusing-pusing ..pening kepala.Banyak sangat makan ketupat dengan rendang kot...

Disini saya ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kepada suen.Saya ada satu berita yang kurang baik untuk disampaikan..saya tidak dapat menghadiri majlis yang penuh bererti bagi pihak saudari..ampun maaf dipinta sekali lagi.Kalau diikutkan hati saya memang nak pergi,tetapi disebabkan kejahilan saya tentang jumlah cuti tahunan saya, maka cuti tahunan saya tidak cukup untuk menampung waktu pergi dan balik ke sana.Saya amat berdukacita.Harap saudari dapat memaafkan saya sempena bulan syawal yang mulia ini.
Saya juga ingin memohon maaf kepada rakan-rakan yang lain atas kemungkiran janji.Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri.

merepek@ 9:32 AM 0 comments

*Raya nak dekat..*

Tuesday, October 9, 2007

Hari Sabtu lepas aku disuruh untuk in-charge tour guide kat sini, tetapi aku memberi alasan agar aku tidak perlu turun kerja pada hari sabtu.Sib baik dia cakap ok.Ini disebabkan aku mempunyai agenda membuat biskut tempahan yang masih banyak belum siap lagi.Aku memulakan tugas pada pukul 7.30 pagi sampai 5 petang.Habis jugak tempahan orang aku kerjakan....

Ahad...aku membawa emak aku pergi ke pasar untuk membeli barang keperluan untuk berhari raya ..ya ampun ramainya orang..patutnya aku nak beli kasut raya..tapi hampeh jer...x sempat nak beli.Tahun ini aku kena sponsor air raya..untuk pengetahuan korang..org s'wak selalunya hari raya akan hidang air berkarbonat(air gas).Kitaorg x beli air bergas cuma air tin yang x bergas .Aku pun pegila beli air tin bebrapa crack...yang beli air semua org tua lelaki..diaorang pelik jer tgk aku pompuan sowang2 g beli air kat situ.Aku beli air manakala emak pergi beli barang lain.Bila sampai turn aku bayar,aku baru teringat duit dlm purse aku hanya Rm100,cashier tu pun kirala...jumlah semuanya lebih dari rm100,nebes jugak la skit..sib baik aku nampak mak aku x jauh dari situ.. aku pun dgn slumbernya ckp kat cashier tunggu kejap..aku pun berlari nak pinjam duit mak aku..huhu..akhirnya selesai...

Semalam plak, aku berkesempatan utk membeli kasut raya..kalo tidak alamatnya pakai selipar jela...aku mmg xde sandal langsung masa ni.....kakak aku plak asyik tanya x beli kasut raya ke?
Aku gunakan kupon yang aku dapat untuk membeli kasut raya ni....sib baik ade kupon..jimat sikit duit aku.

Esok last keja..pastu cuti ..hooray!!!...

merepek@ 3:16 PM 0 comments

*Syawal...*

Friday, October 5, 2007

InsyaAllah minggu hadapan kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Mesti anda telah membuat persiapan walau sekecil mana pun persiapan tersebut kan.Bagi diri saya persiapan seperti biasa sederhana sahaja.
Untuk tahun ini seperti tahun lepas, saya mengambil tempahan untuk membuat biskut raya tetapi tidak banyak la disebabkan tidak cukup tenaga kerja dan masa.Nanti saya upload gambar biskut yang saya jual...
Rasa nak bercerita pulak ttg juadah hari raya di Kuching,Sarawak.Bagi rakan-rakan yang mungkin kurang mengetahui juadah org Sarawak terutama di Kuching,Sarawak kali ini saya akan memperkenalkan satu persatu juadah pagi/hari raya bagi kebiasaan orang Sarawak:
1).Kelupis.

Ni adik beradik ketupat/lemang.Perbezaannya dari segi cara membuat,rupa dan rasanya.Enak dimakan begitu sahaja atau bole la dicicah dgn rendang/serunding.Tapi lagi sedap dimakan dgn seri kaya(bagi saya la).

2)Kek kukus/kek lapis
Yang ni memang dah popular.Antara kek kukus yang popular ialah Kek Hati Pari.Kek ni kek orang dulu-dulu yang masih kekal sehingga kini.Kek ni perlu dikukus selama 8 jam. Kek lapis pulak banyak jugak sampai tak tersebut nama.Saya rasa yang terbaru kek lapis Manjalara(maafla kalo silap..).Selalunya pakar kek lapis sarawak akan menamakan kek tu berdasarkan drama/filem/artis/ yang kiranya meletup la dalam tahun tu.

Saya rasa itu sahaja juadah raya orang Kuching,Swak yang mungkin ada terdapat sedikit perbezaan dengan negeri lain. Jadi saya nak tag la kuza,zura,suen..supaya dapat bercerita serba sedikit ttg juadah hari raya negeri mereka sendiri.Saya pun x tahu sangat ttg makanan di negeri-negeri lain.Mesti banyak kan makanan yang special dari negeri masing2.

merepek@ 8:32 AM 0 comments

*ramadhan 2007..*

Thursday, October 4, 2007

Belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak walaupun kita telah hampir sampai ke penghujungnya.Hari ini, Khamis 04 Oktober 2007 / 22 Ramadan 1428H.
Saya ingin berkongsi email yang telah saya terima :

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
Oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman


Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya " Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
" Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
"Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak " ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)


Wallahualam.

merepek@ 12:16 PM 0 comments

*Assalamualaikum..*

Tuesday, October 2, 2007

Akhirnya rumah baru saya telah selamat disiapkan.Rumah lama saya sebelum ini telah 'didelete' atas masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.

merepek@ 12:25 PM 0 comments

*About Me*

Zidot*
25*
Cat city*
simple life*


VISITOR:
*My Tag-board*