Free Lips Glitter MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com
@MEREPEK

*serabut!!!!*

Wednesday, November 28, 2007

serabut betul la minggu nih..otakku berserabut
banyak jugakla perkara yang terjadi minggu ni
antaranya..contact blk dgn kwn lama..
kene complain
pergi kedai mamak batu 7 (first time pegi)

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada seseorang yang pernah singgah mengisi kekosongan di hati ini suatu masa dulu diatas perkahwinan beliau.Semoga berbahagia ke akhir hayat.

Seorang rakan telah membuka pintu hati saya untuk membaca bahan bacaan berat..saya telah mendapatkn buku tersebut dah berharap agar saya dapat membacanya sehingga habis..

merepek@ 3:03 PM 0 comments

*cintamu (Dygta ft Ira)*

Saturday, November 24, 2007

meh layan jiwa jap....


Cintamu, Yang ku rasa walau tak terucap, Semakin dalam. Cintamu, Telah terukir dibataskan cintaku, Selamanya. Tak pernah ku mencuba, lepaskan cintamu walau sesaat, Sejujurnya diriku terlalu sayang padamu, KU INGIN SELALU DALAM CINTAMU. Dan tiada yang kan memisahkan, Selamanya. Cintamu, Yang terlintas,terbias matamu. Selama Ini. Adakah dihatimu, Terbisik satu harapan untuk ku, Tuk berjanji selamanya, Kau selalu miliku. Satu cinta. Tak pernah ku mencuba, lepaskan cintamu walau sesaat, sejujurnya diriku terlalu sayang padamu, KU INGIN SELALU DALAM CINTAMU.

merepek@ 7:50 PM 0 comments

*ceramah*

Thursday, November 22, 2007

minggu lepas ada ceramah kat tpt keje saya sempena minggu Q.byk jugakla saya dapat pengetahuan sepanjang ceramah tersebut.bagus jugak mendengar ceramah ni. org ckp dpt membuka minda.almaklum minda saya ni kurang terbuka.hahah.
ceramah hari pertama amat membossankan..
ceramah hari kedua..cayala penceramah tuh..kelakar giler..sib baik x giler
penceramah tuh nampak sempoi jer..slide pun x de...tapi bila dia mula membuka mulut...
mmg kelakar la...
antara cite dia yang saya ingat la
"it's not how much we earn,it's how much we spend"pastu dia cite la ade kwn dia minat sgt beli pisau..mcm2 pisau la kecil ade besar pun ade...hujung bulan pastu mengadu xde duit nak makan..dia pun ckp "tula ko beli pisau..pisau tuh dpt ko makan"..hehe

merepek@ 3:23 PM 1 comments

*tidak tahu*

Wednesday, November 14, 2007

tidak tahu
kenapa tidak tahu
asyik-asyik tidak tahu
apa yang kau tahu
apa yang kau tahu!!!

pening kepala
pening!!!
otak kosong macam tin kosong
apa pun tak tahu
argh!!!
lemas dalam dunia sendiri
lemas!!!

kenapa?kenapa?
bodohkah?bongokkah?
bodoh!!!

damn it!!!!

merepek@ 11:25 AM 0 comments

*Susah senang*

Friday, November 9, 2007

Dipetik daripada satu perbualan

A:aku banyak sangat fikir..orang lain x de banyak fikir mcm aku
B:mane kau tahu org lain x de fikir banyak???ingat ko sorg je ade masalah kat dunia nih..

sendiri mau pikir aa...
saya amat tidak suka (atau bahasa kasarnya benci) kpd org yang asyik menganggap seolah-olah di dunia ini hanya dia seorg saja yang mempunyai masalah.(enough)

Ni kes lain.Meluat betul tengok muka pompuan tuh...tahula dia anak orang berada ..bapak dia pakai bmw ade discount card Kelab golf....wat keje macam orang lain x reti nak buat..x pernah nak trust orang lain....

Cukuplah kemerepekan hari ini..Adios..Esok cuti..yahoo!!!!!

merepek@ 2:56 PM 0 comments

*roomate lama*

Thursday, November 8, 2007

Akhirnya dapat jugak saya menulis kat blog ni, setelah menghadapi masalah server dekat sini
Bukan saya x nak update tapi masalah server.

Sabtu minggu lepas,saya berjumpa dgn rakan2 roomate sewaktu matriks di Kolej Chermai Jaya Kuching Sarawak.lama rasanya x berjumpa.selalunya setahun sekali kita org akan berjumpa dan bertukar2 cerita. erm..nampaknya rakan-rakan yang setahun sekali berjumpa ni semuanya masih belum berpunya.kami x kisah janji rock.haha.. bestnyer jumpa kengkawan yang sekepala ni.terlupa pulak nak ambik gambar.Kami bercadang untuk melawat rakan saya Jenn, yang bekerja di Sabah di samping dapat melancong mungkin pada tahun hadapan.lama dah x jalan-jalan kat luar negeri sarawak.rasanya dah tiga tahun saya tidak menjejakkan kaki ke luar Kuching.

banyak bende yang tidak menarik terjadi dalam hidup saya minggu ni.harap-harap minggu akan datang segalanya berjalan lancar.

luahan hari selasa 6/11/2007

*bengang*

aku bengang
memang aku bengang
bengang,bengang,bengang

sakit hati,
sakit mata,
semuanya menyakitkan,
semuanya mem@#$%^,

itulah ragam manusia,
terima sajalah,
walau aku mahu ataupun tidak,
aku memang cukup bengang!!!

merepek@ 11:53 AM 0 comments

*About Me*

Zidot*
25*
Cat city*
simple life*


VISITOR:
*My Tag-board*