Free Lips Glitter MySpace Cursors at www.totallyfreecursors.com
@MEREPEK

*sangka?*

Tuesday, April 15, 2008

Manusia hari ini suka bersangka-sangka.
Ada sangkaan baik.
Ada sangkaan buruk.
Orang beribadah disangka riak.
Orang yang rehat disangka malas.
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk.
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina).
Orang makan banyak disangka pelahap.
Orang yang makan sikit disangka diet.
Orang baik disangka jahat.
Orang buruk disangka baik.
Orang senyum disangka mengejek.
Orang masam disangka merajuk.
Orang bermuzakarah disangka mengumpat.
Orang diam disangka menyendiri.
Orang menawan disangka pakai susuk.
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah.
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah.
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa.
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya.
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya.
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah.
Seperti musnahnya kayu dimakan api.
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.�

merepek@ 7:05 PM 0 comments

*About Me*

Zidot*
25*
Cat city*
simple life*


VISITOR:
*My Tag-board*